Rabu, 5 Disember 2012

kekejaman Israel Zionis/Yahudi laknatullah terhadap umat ISLAM.....




Ya Allah selamatkanlah umat Islam, Kau bantulah kami untuk menghapuskan kekejaman Israel Zionis/Yahudi laknatullah penjenayah perang dunia Islam.


Photo: -l|SILA SHARE|i-

Mohon sedekah dan hadiahkan Al-Fatihah Buat Almarhum.. . Lebih banyak share, lebih ramai rakan rakan kita boleh mendoakan mereka. Merekalah Mangsa Kekejaman Yahudi Laknatullah Penjenayah Perang Dunia Islam dan Ya Allah, Selamatkanlah Islam...



Photo: Bila tengok gambar ni, kita dah boleh tahu betapa sakitnya penderitaan anak kecil ni.. Tercari cari di mana ayah dan ibunya. Ini semua angkara Yahudi Laknatullah Penjenayah Perang Dunia Islam.. Ya Allah Kau berikanlah ketabahan pada anak kecil ini Ya Allah, Selamatkanlah Islam Ya Allah... Amin


Photo: Gambar ini bukan di Gaza mahupun di Burma,
Jika ianya dari Gaza ataupun Burma, semua media masa akan mula berpura-pura untuk mengambil berat dan memberi perhatian.

Al-Fatihah Buat Almarhum...
Ini adalah imej seorang kanak-kanak Sunni di Syria yang hancur dibom menggunakan tong-tong yang berisi bahan letupan oleh tentera Assad, sesuatu seperti ini tidak pernah berlaku di dunia tapi dunia hanya memerhatikannya.. Ya Allah, Selamatkanlah Islam.. Amin

Sumber: Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria


Photo: |||SILA SHARE|||

Mohon sedekah dan hadiahkan Al-Fatihah Buat Almarhum.. . Lebih banyak share, lebih ramai rakan rakan kita boleh mendoakan mereka. Merekalah Mangsa Kekejaman Yahudi Laknatullah Penjenayah Perang Dunia Islam


Photo: |||SILA SHARE|||

Mohon sedekah dan hadiahkan Al-Fatihah Buat Almarhum.. . Lebih banyak share, lebih ramai rakan rakan kita boleh mendoakan mereka. Merekalah Mangsa Kekejaman Yahudi Laknatullah Penjenayah Perang Dunia Islam


Photo: |||SILA SHARE|||
 
Mohon sedekah dan hadiahkan Al-Fatihah Buat Almarhum.. . Lebih banyak share, lebih ramai rakan rakan kita boleh mendoakan mereka.


Photo: SILA SHARE Mohon sedekah dan hadiahkan Al-Fatihah Buat Almarhum... Lebih banyak share, lebih ramai rakan rakan kita boleh mendoakan mereka


Photo: Sekitar suasana ketika Israel telah melanggar perjanjian damai sejak pagi 23/11.
Lihatlah kekejaman Yahudi Laknatullah Penjenayah Perang Dunia Islam 

19 cedera dan seorang lelaki, Anwar Qudai, 20 tahun ditembak mati dimulut oleh Zionis IDF di sempadan Gaza.
Ya Allah, Selamatkanlah Islam.... Amin 

Jangan berhenti menyumbang dan berdoa!
moga dengan usaha kecil kita, Allah bantu mereka.

Sumber: Prihatin Syria


Photo: Sedih tengok gambar ni, ada lagi yang tercari cari mak bapak diorang... Kalau tak kerna Yahudi Laknatullah, perkara ni takkan jadi...


Photo: GAZA MELEMAHKAN POPULARITI NETANYAHU

[Laporan jam 06:26 pagi, waktu Makkah Al-Mukarramah]

Populariti Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (nama panggilan 'bibi') bersama gandingan dua parti, Likud dan Yisrael Beiteinu telah surut sebelum diadakan pilihanraya umum pada Januari 2013. Demikian itu, kesan dari persetujuan gencatan senjata dengan pejuang-pejuang Palestin di Semenanjung Gaza.

Analisis pendapat yang dijalankan oleh akhbar Israel 'MAARIV' iaitu pertama selepas gencatan senjata pada hari Rabu yang lepas telah menzahirkan bahawa parti baru 'Likud Beiteinu' yang dibentuk oleh Netanyahu dan Menteri Luarnya, Avigdor Lieberman akan memperolehi 31 kerusi dari 120 buah kerusi parlimen yang dipertandingkan dalam pilihanraya umum 22 Januari tahun 2013.

Berbanding pungutan dari analisis pendapat yang telah dibuat sebelum operasi serangan di Gaza telah menjangkakan parti baru ini akan memperolehi 43 buah kerusi parlimen.

MAARIV dalam kajian analisisnya menunjukkan 31% dari kalangan warga zionis setuju hentikan serangan, sementara 49% yang lain membantah serangan dihentikan. Ditambah dengan pertanyaan, bagaimana sekiranya tentera zionis menakluk semula Gaza, lalu 41% membantah tindakan ini, namun hanya 21% yang bersetuju.

Peringkat pembangkang pula, kajian analisis yang terkini menjelaskan Parti Buruh yang diketuai Shelly Yachimovich akan memperolehi 22 buah kerusi parlimen dan parti Shas yang bersikap keras/pelampau bakal mendapat 14 kerusi.

Namun, parti Kadima yang 'moderate' mempunyai suara ahli parlimen seramai 28 orang dalam Knesset (parlimen Israel) merupakan kuasa pembangkang terkuat seakan-akan telah merudum jatuh dan tidak akan mendapat lebih dari 2 kerusi tetapi seperti apa yang disebutkan AGENCE FRANCE-PRESSE (AFP), kemungkinan fakta boleh berubah apabila salah seorang dari pengasasnya, Tzipi Livni bekas Menteri Luar Israel menubuhkan partinya sendiri pada minggu hadapan.

Sumber:
24/11/2012, web berita Al-Jazeerah

Mohon sedekah dan hadiahkan Al-fatihah buat mereka yang telah syahid. Banyak lagi foto-foto yang boleh meruntun jiwa kita bila melihatnya...



Jangan lupa untuk boikot produk-produk penyumbang terbesar kepada Israel Zionis/Yahudi laknatullah


Mutiara kata

kata-kata perangsang juga nasihat untuk kita meneruskan hidup dengan cabaran yang semakin mencabar dari hari ke hari agar kita tidak lupa pada Allah swt yang maha esa. walaupun kita sibuk mengejar dunia tidak lupa juga kita mesti mengejar ilmu akhirat untuk bekalan kita disana....

"Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia"




Isnin, 26 November 2012

cantikkan...mendamaikan jika kita pergi menghabiskan masa disini.

hayatilah pemandangan yang indah ini....

meluangkan masa dengan yang tersayang...
Hayta
Assalamualaikum wbt.........ceria-ceriakan hari korang yer walaupun xbrape nak ceria senyum skit. Tulisan ni hanya untuk memperingati sesama kita....selamat membaca.


Bahaya mengata,mengumpat & mengutuk

Apabila seseorang mengata, mengutuk atau mengumpat kita...ucapkan ALHAMDULILLAH...biarlah kerana pahala utk kita, dosa utk mereka.

Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud “Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya” (Hadis Riwayat Muslim)
Memandangkan betapa buruk dan
 hinanya mengumpat, ia Disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.
Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.
Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.
“Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah S.A.W. “wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,
dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (Hadis riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
“Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering”.
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah “Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya”.
Maka Allah menjawab :”Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.
Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

In shaa allah..........


Jumaat, 7 September 2012

budak baru nak belajar...


Assalamualaikum w.b.t.,

Gambar ni sebenarnya tidak ada kena mengena dengan tajuk kat atas tu...cuma nak memperkenalkan inilah 2 hero aku yang tengah membesar dan dah tentunya semakin nakal dengan keletah dan perangai masing-masing.

Aku baru nak berjinak-jinak dengan blog ni...bukanlah pandai sangat menulis tapi sekadar untuk mengisi masa yang terluang apasalahnya. Aku xtau lagi entri apa yang sesuai yang nk dientrikan...mgkn koleksi resepiku, koleksi percutian pun ok...koleksi ragam hero2 ku bleh jg la yer..isu-isu semasa, info2 yang penting untuk kita praktikkan.

saya budak baru belajar...kalau salah tolong tunjukkan....wasalam