Bila kali terakhir anda berpegangan tangan dengan suami@isteri anda...cuba ingat kembali????
Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka". Rasulullah s.a.w. selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda s.a.w. acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri Baginda s.a.w. pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka. Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah s.a.w. agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga.
Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda... begitu juga pada isteri -isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan dosa-dosa.
p/s : (khas untuk yg sudah bernikah sahaja, yg bujang baca aje jgn memandai nak buat pulak...klu xtahan nak pegang jugak nikah cepat2... :))
Tiada ulasan:
Catat Ulasan