Rabu, 6 Mac 2013

9 Sebab Sabah Bukan Milik Kesultanan Sulu


1. Waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.
2. Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.
3. Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.
4. Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah.
5. Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.
6. Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.
7. Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan. Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah: Article 3 The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the ‘British North Borneo Company’. (Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar ‘British North Borneo Company‘.)
 8. Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka” (“wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region”).
9. Jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka. Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini.
kredit to 1sabah







URUTAN CINTA YANG DIPERLU DIKETAHUI OLEH PASANGAN PENGANTIN


Hubungan seks lebih seronok jika dimulakan dengan foreplay. Mungkin sebelum ini teknik usapan serta bisikan manja menjadi amalan tetapi tidak salah dengan tambahan urutan yang mengghairahkan. Selain menyihatkan ia juga satu aktiviti yang menyeronokkan terutamanya bagi pasangan yang baru melangkah ke alam perkahwinan. Tentunya lokasi yang paling sesuai ialah di kamar tidur atau sekiranya anda sedang berbulan madu, maka gunakan ruang ‘persendirian’ yang diberi sebaik-baiknya.
Bersedia dengan alas kain yang lembut serta taburkan beberapa jenis bunga seperti lili, melati dan ylang-ylang untuk membangkitkan suasana ghairah. Di samping itu, pastikan cahayanya juga sedikit samar atau mungkin untuk lebih romantik maka nyalakan beberapa batang lilin aromaterapi yang tentunya ‘menghidupkan’ malam anda. Setelah itu, dapatkan pakaian ‘tukang urut’ yang sesuai. Gunakan material yang lembut bagi menarik perhatian suami. Bayangkan, saat pakaian anda menyentuh tubuhnya, pasti sensasi seksual dirasai sekalipun jemari masih belum menyentuhnya.
Susuli dengan urutan yang lembut. Bukannya urutan tukang urut biasa yang menyakitkan ya. Variasikan dan biarkan gerakan jemari anda menjelajah ke seluruh tubuhnya. Selagi ia perlahan, lembut dan tidak menyakitkan maka anda sebenarnya telah berjaya. Berikut beberapa jenis urutan yang boleh digunakan sebagai panduan. Cubalah!
1. Gerakan Bulu-bulu
Gunakan salah satu tangan dengan jari tengah untuk mengurut di bahagian tulang belakang. Lakukan silih berganti hingga ke bahagian tulang punggung.
2. Gerakan Kupu-kupu
Lebarkan jemari anda dan letakkan ke tubuh pasangan dengan lembut. Mulakan gerakan berputar (seperti kupu-kupu berterbangan) dan biarkan ia menjalar ke atas dan bawah. Susuli dengan usikan-usikan manja sehingga dia terasa teruja.
3. Mengepal Tangan
Urutlah pasangan dengan kedua belah tangan dikepalkan sementara ibu jari menekan (di bahagian sisi ibu jari dan bahagian tengah ibu jari) ke atas dan bawah sisi tubuh serta belakang kaki.
4. Meramas Bahu
Urutan ini cukup mudah dilakukan. Hanya ramas bahagian bahu, tengkuk serta lengan bagi membuatkan pasangan tenang dan selesa.
5. Urutan Tubuh
Mempraktikkan teknik ini pasti membangkitkan sensual pasangan untuk terus melanjutkan aksi ke peringkat seterusnya. Selain mengghairahkan, ia juga membuatkan pasangan berasa sangat selesa. Berikan dakapan hangat penuh mesra. Haruman losyen serta suasana romatik yang sengaja diatur membuatkan detik yang dilalui cukup bermakna.
Tips Ketika melakukan urutan sensual :
- Tanggalkan segala perhiasan yang menempel di tubuh seperti cincin, rantai, jam tangan dan sebagainya kerana ia mampu mencederakan tubuh pasangan sekali gus merosakkan ‘mood’ yang telah diatur.
- Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih ketika jemari ‘menguasai’ tubuh pasangan
- Gunakan bantuan bulu-bulu seperti burung kasuari bagi mencetuskan sensasi yang menggelikan namun menyenangkan.
- Hadiahkan pasangan dengan senyuman yang ikhlas ketika jemari anda menyatu di tubuhnya. Sambil-sambil itu bisikkan ungkapan cinta di telinganya
- Lakukan urutan secara bergilir-gilir. Usah harapkan sebelah pihak sahaja yang ‘bekerja’ sebaliknya bekerjasamalah untuk hasil yang menyeronokkan.