Assalamualaikum wbt.....
Dah lama xjenguk ke halaman ni ada kot dalam sebulan. Disebabkan cuaca yang xberapa nak menentu sekarang ni kesihatan saya juga terganggu...prestasi kesihatan kurang memuaskan, asyik kena telan ubat jer...haisshhh
Walaupun kesihatan xbrape nak ok tapi urusan rumah tangga, suami dan anak2 tetap diutamakan...itulah tanggungjawab seorang isteri dan ibu xmengira waktu orang2 yang tersayang tetap no. 1. Mereka2 ni yang memberi semangat untuk saya menghargai kehidupan, menempuhinya dengan tabah dan kuat kerana cabaran zaman serba canggih ni lebih besar berbanding zaman2 dahulu.
Hari ni nak update resepi pulak la...resepi ni dh byk kali buat, first time buat mmg xmengecewakan...resepi yang mudah tapi sedap menjadi kesukaan anak2. Memang berselera mereka makan yelah masakan ibu xde sapa yang tolak walaupun goreng telur mata kerbau.
Kali ni saya nak share resepi 'KEK GULA HANGUS' memang resepi ni senang je, tapi jangan xtau ada juga yang dah buat byk kali xpernah jadi tau...oklah kat bawah ni saya tunjukkan yang dah siap serta resepi sekali,pada sesapa nak mencuba silakan....selamat mencuba :)
KEK GULA HANGUS
bahan-bahan:
1 cwn gula
1 cwn air panas
1 cwn tepung gandum
1 cwn susu pekat
2 sudu kecil soda bikabonat
2 sudu kecil butter
4 biji telur
cara-cara:
- masak gula untuk dibuat karamel dengan api perlahan hingga bertukar warna perang. jangan biarkan karamel terlalu hangus nnt rasa kek pahit.
- setelah cair masukkan air panas dan masak lagi hingga gula betul2 cair.
- setelah semuanya cair tambahkan butter, kacau dan sejukkan sebelum digunakan nanti.
-dalam bekas lain pukul telur hingga kembang.
- setelah itu tambahkan susu pekat kedalam telur tadi dan kacau sebati.
- kemudian tambah tepung gandum dan juga soda bikabonat ke dalam adunan. selepas itu tambah karamel yang telah disejukkan tadi.
- perap adunan selama 2-3 jam [untuk menghasilkan kek seperti sarang lebah]
-bakar adunan kek dengan suhu 180c selama 45-60 minit, bergantung kepada oven masing2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan