Assalamualaikum wbt....
Ada masa terluang sikit nih boleh la nak crite2 sikit...ari ni entry pasal MARAH...semua orang berhak marah, Perasaan marah, satu perasaan yang kita tidak dapat lari daripadanya. Marah datang tanpa diduga. Yang penting adalah bagaimana kita mengawal dan menghadapi marah. Sekiranya kita tidak tahu caranya, banyak kesan negatif yang akan berlaku.
Akibat daripada kita tidak mampu mengawalnya, mungkin orang yang tidak bersalah pula menerima gelombang marah itu, terutamanya orang yang berada hampir dengan kita, mungkin isteri atau suami tersayang, mungkin anak tersayang, mungkin adik-beradik atau rakan-rakan. Mereka juga mungkin menyalah tafsir gelombang marah tersebut.
Tentang Marah...
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: "Berilah wasiat padaku."
Nabi s.a.w. bersabda: "Jangan marah." Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi Nabi s.a.w. tetap bersabda: "Jangan marah." (Riwayat Bukhari)
Yang perlu dijelaskan sehubungan dengan hadis ini ialah:
(a) Orang yang bertanya itu menurut riwayat ada yang mengatakan dia itu ialah Ibnu Umar, ada yang mengatakan Haritsah atau Abu Darda'. Mungkin juga memang banyak yang bertanya demikian itu.
(b) Kita dilarang marah apabila berhubungan dengan sesuatu yang hanya mengenai hak diri kita sendiri atau hawa nafsu. Tetapi jika berhubungan dengan hak-hak Allah S.W.T, maka wajib kita pertahankan, misalnya agama Allah S.W.T dihina orang dan al-Quran diinjak-injak, dengan cara yang syar'ie dan berhikmah.
(c) Yang bertanya itu mengulangi berkali-kali seolah-olah meminta wasiat yang lebih penting, namun Rasulullah S.A.W tidak menambah apa-apa. Hal ini kerana menahan marah itu sangat besar manfaat, faedah, juga ganjaran di sisi Allah S.W.T.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) manusia. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan. (Ali 'Imran: 134)
Allah S.W.T menjanjikan cinta-Nya sebagai ganjaran. Tidak mahukah kita akan ganjaran tersebut?
Tidak mahukah kita akan cinta-Nya, seagung-agung cinta, seindah-indah cinta?
Tips menghilangkan marah dalam Islam
1) Ubah posisi duduk.
Apabila kita sedang marah eloklah kita ubah sedikit posisi kedudukan kita. Contohnya bila marah dalam keadaan berdiri elok lah kita duduk supaya reda sikit marahnya tuh. Seperti sabda Rasulullah SAW,
“Apabila salah seorang daripada kamu marah, dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring” (Riwayat Muslim)
2) Ambil wudhuk
Berwudhuk merupakan salah satu cara untuk menghilangkan amarah. Sebab ia bagaikan api dan wudhuk itu sebagai air penyiramnya.
“Marah itu datangnya dari syaitan, dan syaitan itu diciptakan dari api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis riwayat Abi Daud)
3) Meminum air.
Minum air jugak boleh meredakan rasa marah. Apabila minum air kita akan berasa lega dan dapat memberikan oksigen kepada badan.
4) Berdiam diri apabila marah.
Bak kata orang, diam itu lebih baik. Memang ada benarnya. Apabila kita diam, bukan sahaja dapat mengawal marah malah dapat mengawal diri daripada mengeluarkan kata-kata yang tak sedap di dengar.
5) Menyampaikan kemarahan secara positif.
Apabila kita marah kita terdorong untuk meninggi suara. Tapi seeloknya kawal ia baik-baik. Cuba untuk ‘slow talk’ dan tidak memekik atau bersikap garang.
6) Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam.
Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam pun bagus untuk menghilangkan rasa marah. Bila tarik nafas dalam-dalam kita dapat mengumpulkan oksigen ke otak. Otak rasa segar sekaligus dapat merungkai masalah dan melepaskan tekanan yang ada.
7) Keluar dari rumah.
Keluar dari rumah jugak merupakan satu cara untuk menghilangkan rasa marah. Bila marah tuh dah tak tertahan eloklah keluar rumah ambil angin. Dikhuatiri bila duduk dalam rumah lain plak jadinya.
p/s : jgn marah aaaa nanti ke jual....
![]() |
Marahnye akuuu..... |
![]() |
Bertengkar xhingat dunia.... |
![]() |
Aarrghhhhhhh......aaarrrgggghhhhh......... |
![]() |
Tambah kapsyen |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan