Selasa, 1 Oktober 2013

Tart Coklat

Salam semua....

Kali ni saya dengan rajinnya....dengan girangnya buat tat coklat....saja2 drpd xbuat apa2 saya buat tat utk kudap-kudapan anak2 bujang saya ni. Saya xberapa suka kalau anak2 saya makan jajan....drpd umur setahun mmg saya ajar mereka2 ni mkn makanan hasil drpd air tangan mama nye sendiri....

Xkan nak tunggu hari raya baru nak buatkan....hari2 biasa pun bleh jugak kita makan tat coklat ni....bentuknye sy gunakan acuan tat nyonya dan di tengah2 tat tu la saya letak coklatnye...jommmmm kita tgk resepinye...


Tart Coklat

Bahan-bahan:
250 gram butter
3 sb gula caster
1 biji telur kuning
1 sk esen vanilla
3 sb tepung jagung/kastard
3 sb susu tepung
3 cwn tepung gandum/superfine
coklat masakan
colour ball/coklat rice/coklat cip (terpulang pd kegemaran masing2)

Cara-cara:
- campurkan butter, gula, telur kuning dan esen vanilla...pukul hingga kembang. (sy guna whisk aje)
- kemudian masukkan tepung jagung/kastard, susu tepung dan tepung gandum sedikit2.....sambil uli hingga jd doh.
- setelah itu perap doh sekejap utk sebatikan bahan2 td....barulah dicanai dan terap guna acuan tart nyonya.
- bakar dgn suhu 170 drjah celcius selama 15-20 minit....mengikut oven masing2.
- setelah masak biarkn tart sejuk di atas redai.....cairkan coklat. setelah tart sejuk tuangkan coklat dgn menggunakan sudu di bahagian tengahnya....taburkan hiasan yg disukai....
- setelah coklat mengeras bolehlah disimpan didalam bekas kedap udara...

Selamat mencuba....








Kek Karamel Angin Syurga....

Salam 1Malaysia.....

N3 kali ni saya nak share satu resepi yg ramai kawan2 dr blog dan juga di FB dh cuba....macam2 komen yang saya baca. 

Masa saya buat kek ni firstime mmg xjadi karamelnye....cair dan hancur jadi sy hanya makan kek nye saja. Kali kedua saya try amat memuaskan hati, amat memuaskan tekak kami sefamily....kejadian kek ni saya suka sgt. Corak2 nye sy hanya sudukan je...sy xmarblekan mcm org lain buat. Saya juga hanya gunakan whisk utk hasilkan kek karamel ni...xpercaya....!!!! saya xtipu tau....hahahaha....

Jomlah kita skodeng resepi yang syokkk ni.....oh ye karamelnye tebal sbb saya gunakan 6 biji kuning telur...amat puas hati uolls....nama pun saya bagi sempena nama lagu misha omar huahuahua.....


Inilah kejadian kek karamel angin syurga
Karamel yang tebal....nyaman di tekak.....






KeK KaRaMeL AnGiN SyUrGa

Bahan A 
2 sudu besar gula 

* tabur dalam loyang dan masak atas dapur....Dah cair tutup api. ke tepikan....

Bahan B
1 tin susu cair 
6 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan gula castor

* campur semua bahan...kemudian pukul dengan garfu perlahan-lahan hingga sebati.
* kemudian tapis adunan dan tuang ke atas gula di dalam loyang yang dah disejukkan tadi....ke tepikan...

Bahan C
6 biji putih telur
3/4 cawan gula castor
1 sudu kecil cream of tar tar

* pukul putih telur sampai bertanduk/soft peak...setelah itu masukkan pula gula castor...pukul sekata.
* lepas tu masukkan pula cream of tar tar...pukul lagi dan lepas tu ke tepikan.

Bahan D
3 biji kuning telur
1/2 cawan gula castor
40 ml minyak jagung
140 ml air masak
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
Pewarna 

* pukul telur dan gula hingga kembang....lepas tu masukkan pula minyak dan air...pukul sebati
* kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit....pukul sekata...
* setelah itu masukkan bahan C tadi...gaul sebati perlahan-lahan...
* bolehlah dibahagikan kepada beberapa bahagian...dan letakkan pewarna yang digemari.
* dah siap campurkan warna bolehlah tuang adunan ke dalam loyang puding karamel tadi secara berselang seli atau sudukan sahaja adunan...ikut kreativiti masing2...adunan kek xkan bercampur dengan adunan puding karamel...jadi xperlu risau.
* panaskan oven selama 10 minit dgn suhu 160 c.....bakar kek dgn mengunakan kaedah water bath....selama 1 jam.
* 40 minit pertama gunakan api bawah sahaja...20 minit akhir gunakan api atas bawah sampai masak...
* Bila kek dah masak...sejukkan dulu kemudian baru di keluarkan dari loyang...

Selamat mencuba....









Khamis, 12 September 2013

KeK MaRbLe CoKlAt_OrEn

Lama dh bersawang halaman ni...moh kita sapu sket...entry kali ni nk update resepi kek marble simple je cuma di tambah perisa coklat dan oren....mmg sedap sgt2 tau...cubalah ye...jommm kita intai2 resepi malas nk cakap byk2....


KeK MaRbLe CoKlAt_OrEn

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung naik sendiri.
1 cawan gula kastor
1 cawan margerin
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila
4 biji telur
2 sudu besar serbuk koko(bancuh dengan sedikit air panas) / 1 sudu kecil coklat emulco
1 sudu besar pati oren sunquick
sedikit pewarna oren

Cara-cara:
- Pukul gula dengan margerin dan mentega hingga kembang.
- Masukkan telur dan dipukul lagi biar kembang
- Masukkan esen vanila.
- Masukkan tepung.....Putar dengan kelajuan perlahan......Biar semuanya sebati.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian,  adunan A campurkan dengan bancuhan koko/coklat emulco dan gaul hingga sebati......adunan B campurkan dengan pati oren sunquick dan pewarna oren kacau sampai sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu margerin dan dialas dengan kertas kek secara berselang seli sehingga habis.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar dengan suhu 180C selama 45 minit.
- Seperti biasa bakar guna api bawah dahulu dan bila berbaki 30 minit barulah dibakar guna api atas dan bawah.
- Jika suka buat topping coklat dan hias kek ikut suka ya....

Selamat mencuba....





Selasa, 6 Ogos 2013

TaRt EpAl GuLuNg.....hijau menawan....

N3 kali ni nak share resepi tart epal gulung...jarang2 orang jumpa tart ni biasa tart nenas je yg byk dijual di pasaran btl x.....nak buat tart ni senang je sy guna resepi yg biasa sy guna utk buat tart nenas cuma sy tambahkan pewarne dan ofkos intinya wajib epal tau...epal hijau gitu...

Cubalah buat mesti korang suka punyalah....dgn warne yg menyerlah bleh menggugat iman korang2 yang tgh diet tuh kikikiki.....jommmm kita skodeng resepi kt bawah nih...

Tart Epal Gulung

Bahan-bahan:
250 gram butter
3 sudu bsr gula caster
1 biji telur kuning
1 sk esen vanilla
1/2 sudu kecil pewarna hijau
3 sudu bsr tepung jagung
3 sudu bsr susu tepung
2 3/4 cwn tepung gandum/superfine

*Inti epal secukupnya.

Cara-cara:
- campurkan butter, gula, telur kuning dan esen vanilla...pukul hingga kembang. (sy guna whisk aje) setelah itu masukkan perwarna hijau kacau sebati.
- kemudian masukkan tepung jagung, susu tepung dan tepung gandum sedikit2.....sambil uli hingga jd doh.
- setelah itu perap doh sekejap utk sebatikan bahan2 td....barulah dibentuk menggunakan acuan tart gulung....
-Isi inti epal pd hujung adunan kemudian gulung kemas....sapu kuning telur jika suka atau nak letak sebarang hiasan yg anda suka. 
- bakar dgn suhu 170 drjah celcius selama 15-20 minit.

Selamat mencuba....




cumilll x tart ni....?

Taraaaaa siap ada reben lg tuh....


Sabtu, 6 April 2013

Ayam bakar berempah....ciptaanku


Assalamualaikum wbt...

Ni pulak resepi dikala kerajinan melanda maka  terhasilah resepi dibawah...aku pakai campak2 je xikut sukatan pun apa yg pasti anak2 dan cik hubby pun suka layan jer la.....ni resepinye

Ayam bakar berempah

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dibersihkan dan di potong 2@4
1 sb Ketumbar biji*
1 sb Jintan manis*
1 sb Jintan putih*
6 ulas Bawang merah kecil*
4 ulas Bawang putih* 
2 sb Madu (klu xde gula pun boleh)
1 sb Serbuk cili @ lada hitam* 
3 btg serai*
Garam - secukup rasa

cara-cara:
1. Bersihkan ayam dan basuh. Toskan sehingga kering.
2. Masukkan semua bahan bertanda * ke dalam blender dan kisar halus.
3.     Tuang bahan kisar kedalam bekas yg telah diisi ayam. 
4.     Tambah madu dan garam, Perapkan selama 1 jam atau lebih.
5. Bakar didalam oven pada suhu 180'C selama 45-60 minit mengikut oven masing2. Susunkan     ayam atas jaring untuk supaya ayam garing di kedua-dua belah bahagian [tidak perlu pusingkan ayam].
6.     Hidangkan dengan sos lada hitam atau sos cili.

Selamat mencuba....


Puding triffle...cubaan pertamaku

assalamualaikum....

Dah bersemak samun blog ni, lama sgt xjenguk....;g pun bkn ada sapa nk tgk yer X? kali ni nak buat entry ttg puding triffle, dr thn 2011 lg nk buat tp xde kesempatan jg nk buat...so kali ni dgn azam yg jitu aku buat jg puding nih alhamdulillah akhirnye kejadian puding ni mmg menjadi wlu pun aku kut resepi. yelah kdg2 jadi kdg2 xjd....

oklah xnak membebel lg ni dia resepinye:


Puding Triffle

Bahan-bahan:
1 gulung kek Swiss Roll
1 kotak Kristal jelly (brand Nona)
1 tin susu cair 
1 tin buah cocktail 
3 sudu besar tepung kastard

Cara-cara:
Step 1: (lapisan kek)

1.Potong kek gulung anggaran 1 inci.
2.Susun kek dalam loyang atau dalam apa2 bekas sampai padat supaya lapisan puding nanti tak sampai ke dasar bekas. 
3.Tekan-tekan sedikit kek tadi agar mampat dan pastikan tiada ruang yang menampakkan dasar loyang atau bekas. Ketepikan.

Step 2: (lapisan puding)
1.Masukkan 3 sudu besar penuh tepung kastard ke dalam bekas.
2.Tuangkan 1 tin susu cair, 1 tin air (sukat guna tin susu tadi) dan 7 sudu besar gula ke dalam bancuhan tadi. 
* Gula (terpulang nak letak banyak mana). Kalau bleh puding ni jangan manis sangat sebab kek dah manis dan jelly nanti pun manis jugak).
3.Kacau semua adunan tadi sehingga larut dan sebati (adunan tepung dah tak berketul-ketul).
4.Kemudian baru masukkan dalam periuk dan masak atas dapur dengan api sederhana. Sentiasa kacau sebab adunan ni nanti cepat pekat dan keras. Kacau sehingga pekat dan likat. .
5. Angkat dan tuangkan atas lapisan kek tadi dan ratakan sehingga menutupi keseluruhan kek.
6.Susun atau taburkan buah atas puding kastard. Tekan-tekan sedikit ke dalam puding supaya bila letak jelly nanti, buah-buah tadi tak terapung.

Step 3: (lapisan jelly)
1.Masukkan Kristal jelly dan campurkan dengan 400ml air.
2.Masak atas dapur. Kacau sehingga jelly hancur dan sebati.
3.Curahkan perlahan-lahan jelly ke atas lapisan kastard tadi dengan menggunakan sudu atau senduk.
4.Biarkan sejuk atau suam-suam kuku, baru masukkan ke dalam peti sejuk.

selamat mencuba...



Puding Triffle,,,,,,,,



























































Rabu, 6 Mac 2013

9 Sebab Sabah Bukan Milik Kesultanan Sulu


1. Waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.
2. Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.
3. Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.
4. Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah.
5. Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.
6. Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.
7. Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan. Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah: Article 3 The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the ‘British North Borneo Company’. (Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar ‘British North Borneo Company‘.)
 8. Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka” (“wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region”).
9. Jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka. Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini.
kredit to 1sabah







URUTAN CINTA YANG DIPERLU DIKETAHUI OLEH PASANGAN PENGANTIN


Hubungan seks lebih seronok jika dimulakan dengan foreplay. Mungkin sebelum ini teknik usapan serta bisikan manja menjadi amalan tetapi tidak salah dengan tambahan urutan yang mengghairahkan. Selain menyihatkan ia juga satu aktiviti yang menyeronokkan terutamanya bagi pasangan yang baru melangkah ke alam perkahwinan. Tentunya lokasi yang paling sesuai ialah di kamar tidur atau sekiranya anda sedang berbulan madu, maka gunakan ruang ‘persendirian’ yang diberi sebaik-baiknya.
Bersedia dengan alas kain yang lembut serta taburkan beberapa jenis bunga seperti lili, melati dan ylang-ylang untuk membangkitkan suasana ghairah. Di samping itu, pastikan cahayanya juga sedikit samar atau mungkin untuk lebih romantik maka nyalakan beberapa batang lilin aromaterapi yang tentunya ‘menghidupkan’ malam anda. Setelah itu, dapatkan pakaian ‘tukang urut’ yang sesuai. Gunakan material yang lembut bagi menarik perhatian suami. Bayangkan, saat pakaian anda menyentuh tubuhnya, pasti sensasi seksual dirasai sekalipun jemari masih belum menyentuhnya.
Susuli dengan urutan yang lembut. Bukannya urutan tukang urut biasa yang menyakitkan ya. Variasikan dan biarkan gerakan jemari anda menjelajah ke seluruh tubuhnya. Selagi ia perlahan, lembut dan tidak menyakitkan maka anda sebenarnya telah berjaya. Berikut beberapa jenis urutan yang boleh digunakan sebagai panduan. Cubalah!
1. Gerakan Bulu-bulu
Gunakan salah satu tangan dengan jari tengah untuk mengurut di bahagian tulang belakang. Lakukan silih berganti hingga ke bahagian tulang punggung.
2. Gerakan Kupu-kupu
Lebarkan jemari anda dan letakkan ke tubuh pasangan dengan lembut. Mulakan gerakan berputar (seperti kupu-kupu berterbangan) dan biarkan ia menjalar ke atas dan bawah. Susuli dengan usikan-usikan manja sehingga dia terasa teruja.
3. Mengepal Tangan
Urutlah pasangan dengan kedua belah tangan dikepalkan sementara ibu jari menekan (di bahagian sisi ibu jari dan bahagian tengah ibu jari) ke atas dan bawah sisi tubuh serta belakang kaki.
4. Meramas Bahu
Urutan ini cukup mudah dilakukan. Hanya ramas bahagian bahu, tengkuk serta lengan bagi membuatkan pasangan tenang dan selesa.
5. Urutan Tubuh
Mempraktikkan teknik ini pasti membangkitkan sensual pasangan untuk terus melanjutkan aksi ke peringkat seterusnya. Selain mengghairahkan, ia juga membuatkan pasangan berasa sangat selesa. Berikan dakapan hangat penuh mesra. Haruman losyen serta suasana romatik yang sengaja diatur membuatkan detik yang dilalui cukup bermakna.
Tips Ketika melakukan urutan sensual :
- Tanggalkan segala perhiasan yang menempel di tubuh seperti cincin, rantai, jam tangan dan sebagainya kerana ia mampu mencederakan tubuh pasangan sekali gus merosakkan ‘mood’ yang telah diatur.
- Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih ketika jemari ‘menguasai’ tubuh pasangan
- Gunakan bantuan bulu-bulu seperti burung kasuari bagi mencetuskan sensasi yang menggelikan namun menyenangkan.
- Hadiahkan pasangan dengan senyuman yang ikhlas ketika jemari anda menyatu di tubuhnya. Sambil-sambil itu bisikkan ungkapan cinta di telinganya
- Lakukan urutan secara bergilir-gilir. Usah harapkan sebelah pihak sahaja yang ‘bekerja’ sebaliknya bekerjasamalah untuk hasil yang menyeronokkan.



Khamis, 28 Februari 2013

Perbualan Bahasa Rawa

Assalamualaikum kawan2...
Entry khas untuk tatapan urang2 rao sesadonyo...aku ni xlah pandai sgt berdialek rao tapi bulih la...kek siko ada entry berkenaan sajak dan jugo video urang rao berandei..aku hrp kilen2 sadonyo terhibur la yoo..jom kito saksikan...memang terbaekkk laaa

RAO BERANDAI...

Kito berkumpul kek siko
pertamo nak jumpo kawen
keduo nak meruduit ayier menjamah makanen
ketigo nak mengiduitken persatuen

Bak kato urang tuo-tuo;
bulek ayier kerano pembotoung
bulek kato kerano muafaket
togoh rumah kerano sondi
togoh hati kerano berani

Urang Rao, urang awak
kalau ketogor dijampi semparen
diombuih kunyik disapu kek segalo sondi
mujarob pulo diperkonen Ilahi

ilmu iko udah masuk muzium almari
ngapo dibuang ke topi
itu kan Rao punyo legasi?

Rao ko bangso beradet
pantang pepaja memijak tanah
sebolom dijojak

Rao ko bersopen santun
ninda lelaki disobuit niniek
ninda perempuan disobuit uci
ayah saudaro disobuit mamak
omak saudaro disobuit amai
bak nongko tang panggilen hormet keluargo kito

Urang awak ko pandei pulo memasak
menggulai lomak iken masin bercampo nangko
iken bilih rondang dongen tempuyak
asom iken koli sodop sekali
kelamai dimasak tahen bebulen-bulen
hidangen hari rayo penganen warisan

Rao ko bijak pulo bebaso
kalau memujuk disebuitnyo; alaaa pa’ai
kalau marah ditukiknyo; jangen mencirik
kalau dio tak ingin, dicakopnyo; indo ko podah

baso Rao kayo konsonen “o”
ditutuor beralun ado nada intonasi
kato sondinyo ado duo: tang dan sang
ci kilen donga yor
“bak mano tang kuak”
“jangen berandai sang, buek la korojo tu”
tang dan sang
indo ado dalom baso Melayu
tapi menjadi estiteka baso Rao asli

baso nyonyo ko sikit berbezo dongen baso Minang
ci kilen colo yor
mati, katonyo; moda
diam, dipahomnyo; ontok
urut, disobuitnyo; kusuok
indo mahu, dicakopnyo; sikialah
indo roti baso, dikatonyo; keloloh
mahu, disobuitnyo; omoh
indo pahom-pahom, dicakopnyo; nyinyier

Ontahlah ondeik kandung
ontahlah niniek;
ontahlah bayong
ontahlah upiek;
ontahlah buyong
sado-a-lah nyo udah terlopeh betebangen
indo laie mantop udah ilang jati diri
alaaa pa’ai

Urang awak ko indo omoh berandai
cakop Raonyo macom koling masuk Melayu
indo fasih macom urang Sungai Itiek
indo petah macom urang Gunung Mesah
bak mano tang kuak nak mengiduitken baso ko
sodangken nyonyo sogen pulo nak berandai
sodangken nyonyo tak kuaso nak bertutour
ontahlah,
naksayo tang kito.

Apo diharop urang di seborang;
isuk luso nampak lah nyonyo
apo dikonang baso yang ilang;
isuk luso berkorojo lah JARO

Ako, kawu dan kilen
sado-a-lah nyo kito ko dalom keluargo godang
sobuit di Raub ponoh saudaro maro
di Pasir Mas idak terkiro banyaknyo
di Kg Pasir Raja, Terengganu sekampong pulo
soto di Koto Tinggi
Gombak, Ampang, Bangi,
Kalumpang, Ulu Bernam,
Beranang, Mantin, Kuala Pilah, Semenyih
dan Lenggeng
diaspora Rao ko merato negori
Pulau Pinang termasuk juo selatan Kodah
tapi di Perak paling ramai sekali
Tanjong Malim, Tapah, Temoh, Chemor dan Selama
namun Gopeng digola bumi Rao Malaysia.

Sesungguhnyo
kito ramai di siko melobihi di sinun
tapi tanah Rao Pasaman itu bumi leluhur
totop kito konang.



Rabu, 27 Februari 2013

PENANGAN TELUR REBUS.....


Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap. . so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba jekat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.

Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergimengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya.... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! ... fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTTTTTT! !!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'.

Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah-rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak cover malu, aku tanya la kat pak mertua aku..

Menantu : Dah lama ke pak sampai?

Pak Mertua : Dah lama sampai..... Sebelum kentut pertama lagi!!!

Menantu : (dlm ati) iiish x sopannya...nasib baik bapak mertua sporting...hahahahihihi

(cerita copy & paste)





Berpegangan tangan dengan suami@isteri


Bila kali terakhir anda berpegangan tangan dengan suami@isteri anda...cuba ingat kembali???? 

Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka". Rasulullah s.a.w. selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda s.a.w. acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri Baginda s.a.w. pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka. Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah s.a.w. agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. 

Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda... begitu juga pada isteri -isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan dosa-dosa.

p/s : (khas untuk yg sudah bernikah sahaja, yg bujang baca aje jgn memandai nak buat pulak...klu xtahan nak pegang jugak nikah cepat2... :))







Kucing Dan Kedudukannya Di Dalam Islam


Kucing adalah binatang yang sangat akrab dengan kehidupan manusia. Berperwatakan manja, makhluk Allah ini menjadi teman kepada manusia sejak dari dulu lagi. Banyak manfaatnya yang dilahirkan daripada kucing ini. Yang paling penting, manfaatnya ialah menyayanginya akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah. Ini adalah kerana Rasulullah S.A.W menyayangi kucing. Jadi menyayangi kucing adalah amalan mengikut sunnah nabi dan segala amalan sunnah nabi akan diganjariNya.

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad S.A.W memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala Nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. Setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu mengendong Mueeza dan diletakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengeong ketika mendengar azan dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan seperti menyayangi keluarga sendiri. Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah serius. Dalam sebuah hadis sahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi S.A.W pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka. Isteri Nabi sendiri, Aisyah Binti Abu Bakar pun amat menyukai kucing dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman Bin Sakhr Al Azdi diberi julukan Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan di rumahnya.

Nabi menegaskan dalam hadith baginda bahawa kucing ini adalah binatang tidak najis. Malah air bekas minuman kucing dibolehkan untuk berwudhuk. Hal ini dinyatakan dalam hadith baginda:

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis”.

Sabda nabi ini yang dilafazkan 1500 tahun dahulu telah dibuktikan kebenarannya oleh ahli sains di zaman sekarang. Sains mendapati bahawa kulit kucing mempunyai otot-otot yang berupaya melawan sel bakteria. Ototnya juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing dimana benjolan itu berbentuk bengkok menguncup seperti kikir atau mata gergaji. Bentuk ini amat berguna dalam membantu membersihkan kulitnya.

Jika kita lihat semasa kucing sedang minum. Kita akan dapati tiada setitis air pun yang akan jatuh dari lidahnya. Di samping lidahnya yang merupakan alat pembersih yang amat canggih, permukaan lidahnya yang kasar berfungsi untuk membuang bulu-bulu mati di badannya dan membersihkan sisa-sisa bulu di badannya.

Kajian Yang Dijalankan

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil ujian:
Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
Tempat yang sengaja diletakkan kuman menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan tiada kuman.
Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya di badan kucing. Kesimpulan sains merumuskan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu tandanya kucing itu akan atau sedang sakit.

Ini amat berbeza dengan anjing. Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing. Manusia pula mempunyai kira-kira 25% kuman berbanding yang ada pada anjing. Kucing hanya mempunyai separuh sahaja kuman berbanding yang didapati daripada manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Mengapa kucing kurang menggenari air? Ini adalah kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya. Inilah sebenarnya yang menyebabkan kucing agak liat untuk dimandikan.

Jika diperhatikan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadith-Hadith Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Subhanallah. Itulah kucing pada pandangan Islam. Menyayanginya adalah sunnah. Membuat perkara sunnah mendapat balasan pahala. Dan hikmah dan kebenaran Islam yang tidak melarang manusia bercampur dengan kucing yang telah dituturkan oleh Rasulullah sejak 1500 tahun yang lalu telah dibuktikan dengan fakta sains sekarang.

Wallahu’alam…








Apabila kita MARAH....

Assalamualaikum wbt....

Ada masa terluang sikit nih boleh la nak crite2 sikit...ari ni entry pasal MARAH...semua orang berhak marah, Perasaan marah, satu perasaan yang kita tidak dapat lari daripadanya. Marah datang tanpa diduga. Yang penting adalah bagaimana kita mengawal dan menghadapi marah. Sekiranya kita tidak tahu caranya, banyak kesan negatif yang akan berlaku.
Akibat daripada kita tidak mampu mengawalnya, mungkin orang yang tidak bersalah pula menerima gelombang marah itu, terutamanya orang yang berada hampir dengan kita, mungkin isteri atau suami tersayang, mungkin anak tersayang, mungkin adik-beradik atau rakan-rakan. Mereka juga mungkin menyalah tafsir gelombang marah tersebut.
Tentang Marah...
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: "Berilah wasiat padaku."
Nabi s.a.w. bersabda: "Jangan marah." Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi Nabi s.a.w. tetap bersabda: "Jangan marah." (Riwayat Bukhari)
Yang perlu dijelaskan sehubungan dengan hadis ini ialah:
(a) Orang yang bertanya itu menurut riwayat ada yang mengatakan dia itu ialah Ibnu Umar, ada yang mengatakan Haritsah atau Abu Darda'. Mungkin juga memang banyak yang bertanya demikian itu.
(b) Kita dilarang marah apabila berhubungan dengan sesuatu yang hanya mengenai hak diri kita sendiri atau hawa nafsu. Tetapi jika berhubungan dengan hak-hak Allah S.W.T, maka wajib kita pertahankan, misalnya agama Allah S.W.T dihina orang dan al-Quran diinjak-injak, dengan cara yang syar'ie dan berhikmah.
(c) Yang bertanya itu mengulangi berkali-kali seolah-olah meminta wasiat yang lebih penting, namun Rasulullah S.A.W  tidak menambah apa-apa. Hal ini kerana menahan marah itu sangat besar manfaat, faedah, juga ganjaran di sisi Allah S.W.T.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) manusia. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan. (Ali 'Imran: 134)
Allah S.W.T menjanjikan cinta-Nya sebagai ganjaran. Tidak mahukah kita akan ganjaran tersebut?
Tidak mahukah kita akan cinta-Nya, seagung-agung cinta, seindah-indah cinta?

Tips menghilangkan marah dalam Islam 



1) Ubah posisi duduk.
Apabila kita sedang marah eloklah kita ubah sedikit posisi kedudukan kita. Contohnya bila marah dalam keadaan berdiri elok lah kita duduk supaya reda sikit marahnya tuh. Seperti sabda Rasulullah SAW,
“Apabila salah seorang daripada kamu marah, dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring” (Riwayat Muslim)

2) Ambil wudhuk
Berwudhuk merupakan salah satu cara untuk menghilangkan amarah. Sebab ia bagaikan api dan wudhuk itu sebagai air penyiramnya.
“Marah itu datangnya dari syaitan, dan syaitan itu diciptakan dari api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis riwayat Abi Daud)

3) Meminum air.
Minum air jugak boleh meredakan rasa marah. Apabila minum air kita akan berasa lega dan dapat memberikan oksigen kepada badan.

4) Berdiam diri apabila marah.
Bak kata orang, diam itu lebih baik. Memang ada benarnya. Apabila kita diam, bukan sahaja dapat mengawal marah malah dapat mengawal diri daripada mengeluarkan kata-kata yang tak sedap di dengar.

5) Menyampaikan kemarahan secara positif.
Apabila kita marah kita terdorong untuk meninggi suara. Tapi seeloknya kawal ia baik-baik. Cuba untuk ‘slow talk’ dan tidak memekik atau bersikap garang.

6) Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam.
Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam pun bagus untuk menghilangkan rasa marah. Bila tarik nafas dalam-dalam kita dapat mengumpulkan oksigen ke otak. Otak rasa segar sekaligus dapat merungkai masalah dan melepaskan tekanan yang ada.

7) Keluar dari rumah.
Keluar dari rumah jugak merupakan satu cara untuk menghilangkan rasa marah. Bila marah tuh dah tak tertahan eloklah keluar rumah ambil angin. Dikhuatiri bila duduk dalam rumah lain plak jadinya.

p/s : jgn marah aaaa nanti ke jual....




Marahnye akuuu.....

Bertengkar xhingat dunia....

Aarrghhhhhhh......aaarrrgggghhhhh.........

Tambah kapsyen